Loading...

Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya?

Loading...
Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya? Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memperalatkan Rang Undang-Undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, Najib sengaja membisu lalu menyebabkan pelbagai tafsiran mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) timbul.

Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya?  Cadangan itu, yang digelar usul Hudud oleh pengkritiknya, dilihat membuka jalan kepada PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam yang ketat di Kelantan, dan seterusnya, ke seluruh negara.

Najib berdiam diri mengenai perkara itu, walaupun menteri yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah menjelaskan usul tersebut sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman yang lebih keras.

Penjelasan itu bagaimanapun tidak memadai kerana Najib yang mahu melindungi kedudukannya mengorbankan keharmonian kaum dan agama dengan memilih untuk tidak meleraikan ketaksaan.

“Orang Islam berpecah kepada mereka yang percaya keengganan menyokong usul sama seperti menolak perintah Allah dan mereka yang menolak pandangan itu.


Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya? 


“Orang bukan Islam umumnya percaya undi menyokong usul Hadi itu sama seperti menyokong pelaksanaan hudud,” kata Ahli Parlimen Pandan dalam surat terbuka kepada Najib.

“Seolah kamu (Najib) mahu orang Islam melihat orang bukan Islam sebagai anti-Islam dan masa yang sama kamu mahu orang bukan Islam lantang membantah supaya setiap Cina, India, Kristian, Hindu, Buddha kelihatan anti-Islam di mata orang Islam.”

Beliau kemudian memberi amaran manipulasi usul Hadi itu akan bertukar menjadi kebencian apabila orang Islam dan bukan Islam menganggap saudara mereka sudah melanggar kod saling hormat-menghormati yang menuntut kedua masyarakat supaya tidak mencampuri urusan agama saudara mereka.

“Jika kamu benar-benar prihatin akan kesejahteraan rakyat Malaysia berbilang budaya, pada permulaannya kamu patut menjelaskan Akta 355 tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memotong tangan, merejam dengan batu, memenggal kepala atau apa sahaja hukuman yang sering diperkatakan oleh penentang undang-undang syariah.


Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya? 


“(Dan) apabila ada pertindihan bidang kuasa (antara mahkamah jenayah dan syariah) untuk satu-satu kesalahan, mahkamah jenayah yang akan mentadbirkan proses undang-undang kerana kuasa pengawasan dan keselamatan dalam negeri terletak pada Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi kamu memilih untuk berdiam diri kerana kamu mendapat manfaat apabila rakyat secara umumnya tidak faham perbezaan itu.”

Rafizi turut membidas Najib dan kerajaan Barisan Nasional kerana membiarkan “samseng” Baju Merah membakar sentimen perkauman, menghambur ugutan jenayah dan mengancam pertempuran antara kaum.

Keadaan itu akan hanya mengangkat titik pertemuan agama-kaum sebagai isu nasional yang paling emotif, yang akan merugikan rakyat yang sedia merana, tambahnya.

Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya?  “Jika kamu sangka kamu boleh kerah semua sumber yang kamu ada sebagai perdana menteri untuk menentukan perjalanan peristiwa apabila emosi saling bertembung, kamu salah.

“Kamu akan hanyut apabila asas masyarakat berbilang bangsa, berbilang agama kita hancur berkecai.” - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Peralat Usul Tuan Guru Haji Hadi Supaya Rakyat Bercakaran.. Ini Buktinya?"

Posting Komentar