Loading...

Nukilan untuk insan yang sentiasa mengkritik guru...

Loading...
Kita jumpa guru-guru yang berkelakuan tak baik, sebab otak kita ni asyik fikir guru ni tak baik, pemalas dan suka berileks-rileks.

Tapi realitinya, hampir semua guru-guru yang ada kat Malaysia ni sangat bekerja keras nak jadikan anak-anak murid dia jadi yang terbaik dari segi akademik, akhlak dan agama.

Kenapa kau jarang jumpa guru yang macam ni? Sebab dalam kepala otak kau tak terfikir bahawa sebenarnya kebanyakan guru siang malam memikirkan untung nasib anak-anak murid dia.

Sebab kepala otak kau fikir guru-guru ni pemalas, banyak rileks, banyak buat bisnes, banyak mengumpat dan banyak itu ini, kau sampai tak peduli dengan realiti guru sekarang.
Kau rasa guru-guru sekarang pemalas, tapi hakikatnya, kebanyakan guru-guru ni pergi sekolah seawal jam 6.30 pagi. Sampai sekolah pukul 7.00, letak sahaja beg dan buku kat Bilik Guru, terus berlari ke kelas yang dia jadi Guru Kelas untok bersihkan kelas tu.

Selesai jadi bibik kat kelas, bergegas pulak pergi ke tapak perhimpunan dan ambil kedatangan murid kelas. Murid-murid dah masuk kelas, berjalan pula guru pergi ke kelas yang nak mengajar.

Kau ingat senang nak mengajar ni? Kalau cakap A, B, C, semua budak faham A, B, C? Kah kah kah kah. Dangkal sungguh pemikiran macam ni. Kalau kau nak tahu, guru-guru ni terpaksa ajar 30 orang murid dalam satu kelas yang ada 30 ragam.

Yang sorang terlebih pandai, yang sorang ni lembab belajar, yang sorang ni tak fokus, yang sorang tu pulak jenis suka menyampuk, yang sorang ni asyik pergi tandas je memanjang, yang sorang ni asyik kacau kawan sebelah, yang itu yang ini yang sana yang sini.

Punyalah banyak ragam budak-budak ni, dan kau ingat senang nak mengajar satu-satu benda bagi diorang semua ni faham? Ha?
Ini baru satu kelas tau. Selalunya seorang guru sekolah rendah akan mengajar 3 kelas dalam masa sehari. Ada yang lebih, ada yang kurang. Tapi kau bayangkanlah, 3 kelas setiap satunya ada 30 orang. Dah 90 ragam dah guru-guru ni kena hadapi.

Bunyi loceng rehat menandakan semua orang rehat, tapi bukan untok cikgu. Ada cikgu terpaksa tak makan pagi sebab nak jaga anak-anak murid di kantin. Ada cikgu tak makan pagi sebab kena siapkan kerja lain dalam Bilik Guru. Ada pun yang makan, bukannya makan rileks-rileks sambil ketawa. Mereka rehat 20 minit sahaja. Jadi, ia digunakan untok makan dan minum sahaja. Tak ada sembang-sembang.

Habis rehat, kena menghadap semula 30 ragam tadi. Benda ni berterusan sehingga jam 1.30 petang.

Selesai? Selesai macam tu je? Tak.

Ada cikgu yang balik rumah, tapi dalam kereta dia penuh dengan buku-buku anak murid dia yang perlu ditanda. Ini baru buku latihan. Kalau kertas peperiksaan atau ujian, kereta tu dah macam kereta tokey kertas dah. Nampak tak, balik kerja awal pun, kena bawak balik kerja jugak?

Ada cikgu terpaksa duduk kat sekolah, habiskan menanda buku atau kertas peperiksaan sampai lewat petang.

Ni belum cerita lagi kalau petang-petang ada mesyuarat. Kebanyakannya terpaksa berlari ambil anak dari sekolah, dan letak anak tu main-main kat bilik guru sampai habis meeting. Dah dekat nak senja barulah jumpa rumah.

Guru-guru yang handle bab-bab kertas kerja program, handle program-program sekolah, handle program peringkat daerah, bawak budak-budak pergi acara sukan, pergi meeting kat PPD, ada program motivasi untok murid pada hujung minggu terpaksa hadir, kena buat dokumen tu dan dokumen ni, gila kau kata cikgu ni tak banyak kerja?

Belum sentuh lagi guru-guru ni terpaksa berhadapan dengan isu-isu masalah disiplin. Dengan budak bergaduhnya, dengan yang ponteng sekolahnya, dengan yang merokoknya, yang menggatal dengan makwe, membuli, vandalisme.

Mak oi! Ini semua yang guru-guru terpaksa hadapi kau tahu tak? Aku tak pergi lagi deep lagi ni. Baru cerita sikit je apa yang guru-guru kita lalui. Kau baca ni pun dah stress, belum lagi kalau kalau berada di tempat seorang guru.

Jadi, aku sarankan, kau ubahlah kepala otak kau tu supaya tak terlalu negatif terhadap para guru ni. Memanglah kau nampak kesalahan guru-guru ni, sebab diorang ni manusia! Polis, bomba, akauntan, lawyer, pekerja-pekerja gomen, semuanya ada benda negatif sebab kita ni semua takkan sempurna!

Kau kena ubah pemikiran negatif ni sebab kalau kerja kau hina guru je memanjang, dah tu siapa pulak yang perlu kita agungkan sekarang? Guru sahajalah pekerjaan yang menghasilkan ramai manusia berjaya yang kita jumpa hari ini.

Akhir kata, aku bukan seorang guru, tapi aku berkawan dengan ramai guru.

Sepanjang aku berkawan dengan guru-guru ni, tahu tahu tak apa keistimewaan guru yang semua guru ni ada?

Walaupun kerja diorang bertimbun dan buat stress, diorang tetap gembira untok menjadi seorang guru. Tak tahu kenapa, tapi kata mereka, memanusiakan orang ni satu kerja yang berkat dan memuaskan hati walaupun mencabar.

Dan mereka ni jarang nak membanding-bandingkan kerja diorang dengan kerja orang lain, tak macam kau.

Hasil tulisan
Mufarwa Farid

jobs from my.neuvoo.com


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nukilan untuk insan yang sentiasa mengkritik guru..."

Posting Komentar