Loading...

ORANG MELAYU BANSA DARAH SEJUK

Loading...
Yakin lebih ramai pemimpin Umno sertai Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin lebih ramai ahli, pimpinan dan ketua bahagian daripada Umno akan menyertai partinya.

Bercakap dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Mahathir berkata, sesetengah pimpinan Umno masih kekal dalam parti rumpun Melayu itu hanya kerana bimbang menghadapi tekanan dari Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka berada dalam keadaan takut. Mereka nyatakan sokongan kepada kami tapi mereka takut untuk jadi ahli kerana mereka tahu mereka akan berdepan tekanan daripada Najib.


"Walaupun mereka sokong Bersatu, untuk tanda tangan borang (menjadi ahli Bersatu) akan ada masalah kerana mereka takut macam-macam tindakan akan diambil oleh pihak sebelah sana," katanya.

Bagaimanapun kata Mahathir lagi, beliau tahu lambat laun pemimpin-pemimpin yang dikatakan ini akhirnya akan meninggalkan Umno dan bersama Bersatu.

"Saya yakin yang mereka akhirnya akan keluar dari Umno nanti.

"Kalau pun mereka tidak keluar dari Umno, saya percaya pada PRU akan datang mereka akan undi parti lawan dan bukannya parti Umno," katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ORANG MELAYU BANSA DARAH SEJUK"

Posting Komentar