Loading...
Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama. Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pendirian parti itu adalah sama seperti pendirian ahli Parlimen dari negeri Sarawak untuk menolak RUU355 berkenaan.
Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama. “Pendirian kita (Warisan) berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.
“Saya tak akan undi kerana apa yang lebih penting adalah kepentingan rakyat di negeri Sabah,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, 25 Ahli Parlimen dari Sarawak sebulat suara bersetuju untuk menolak RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi.
Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama
Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku dalam sidang Dewan Rakyat kali ini selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syarie.
Difahamkan, pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua per tiga dewan.
Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain di Sarawak, Shafie memaklumkan bahawa buat masa ini, pihaknya hanya menumpukan untuk menyatukan rakyat di Sabah terlebih dahulu.
"Alhamdulilah, ramai yang berminat dengan parti baru ini. Tak baik kita cakap besar yang penting ‘outcome’ kepada rakyat.
Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama. "Walaupun orang cakap kita parti kecil, parti baru but it's ok kerana kita yakin rakyat boleh nilai mana satu landasan dan pimpinan yang dia inginkan,"katanya.
Selain itu, Shafie berkata beliau turut mahukan autonomi bagi rakyat di negeri Sabah yang menginginkan perubahan berikutan pembangunan tak sekata di negeri tersebut. - Sinar Harian
Iklan
Loading...
0 Response to "Parti Warisan Sabah Buat Kejutan Pertama"
Posting Komentar