Loading...

Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR

Loading...
Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR

Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR
Mustafa (dua dari kiri) dan Muhyiddin (kiri) menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembuka tirai Ceramah Perdana Harap 3.4 di Kemasek, Kemaman, malam tadi. 
KEMAMAN - Gabungan Pas bersama Bersatu dan PKR dilihat mampu membentuk formula berkesan untuk menumbangkan BN sekali gus memastikan berlakunya peralihan kuasa politik pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama itu membawa perkembangan positif yang akan membuka peluang kemenangan lebih cerah kepada pembangkang bagi pertandingan satu lawan satu antara gabungan pembangkang dan BN.

“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.


“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.

“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam tadi yang turut disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Tambah Mustafa, beliau secara peribadinya turut menjangkakan tidak mustahil PRU ke-14 akan diadakan sekitar Jun atau Julai tahun hadapan dan sehubungan itu semua pihak perlu kuatkuasakan lagi gerak kerja mulai sekarang.

Sementara itu, Idris sewaktu sidang media selepas program ceramah berkenaan berkata, Pas bersedia mengadakan perbincangan berhubung cadangan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama rasmi antara Bersatu dan Pas.

“Saya tidak boleh bagi kenyataan lanjut berhubung perkara ini kerana ia termasuk soal polisi serta strategi politik. Benda ini besar, jadi kita akan bincang berkali-kali terlebih dahulu, kalau mesyuarat biasa memang selalu kita buat dua minggu sekali kadang-kadang setiap minggu,” ujarnya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR"

Posting Komentar