Loading...
Aziz, 53, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.
"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu," ujarnya kepada mStar Online.
Aziz diminta mengulas apabila segelintir pihak yang menjadikan namanya sebagai bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman berhubung penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua universiti lain yang digunakannya.
Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati oleh orang ramai.
"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini," ujarnya.

0 Response to "[PHD PALSU] Pengarah Filem jadi mangsa lawak kerana nama hampir sama, I AM NOT AZIZAN OSMAN, I AM AZIZ M OSMAN"
Posting Komentar