Loading...
Azizan dalam kenyataannya hari ini menyatakan "Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat."
Netizen menyuarakan persoalan dan meminta kepastian daripada Azizan antaranya:
i. Adakah Azizan "cuba membeli" PhD kehormat UM daripada seseorang? kerana jika benar beliau hadir menerima anugerah tersebut daripada UM pastinya kenyataan dia diperdayakan itu tidak akan timbul.
ii. Azizan telah menggunakan gelaran PhD dari UM sebelum sedar diri diperdayakan. Jika beliau tidak pernah menerima anugerah tersebut daripada UM, kenapa mahu menggunakan gelaran tersebut.
Apapun tindakan Azizan itu tidak sepatutnya berlaku memandang beliau mempunyai pengikut yang ramai dan telah berjaya menarik berpuluh ribu orang untuk membayar yuran bagi setiap program beliau. Mereka pergi pastinya bukan keran PhD dari UM.
Malah ada yang mencadangkan agar "pembelian" PhD lebih selamat dilakukan melalui universiti luar negara. Agak mustahil IPTA dalam negara sanggup mengeluarkan PhD palsu kerana mereka mempunyai integriti tinggi dan database yang mantap.
Berikut kenyataan Rickwork:
KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 - Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.
Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.
Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.
Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.
Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.
Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.
Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.
Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebookhttp://ift.tt/2duJJl2 dan LinkedInhttp://ift.tt/2dUozee. Laman web rasmi syarikat adalahwww.richworks.com.my.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di corporatecomm@richworks.com.my.
- TAMAT -
Loading...
0 Response to "[PhD UM] Penjelasan Azizan Osman MENIMBULKAN Persepsi yang dia DITIPU oleh Sindiket"
Posting Komentar