Loading...
PKR Kelantan terbuka bincang pembahagian kerusi
Ab Aziz
KOTA BHARU - PKR Kelantan terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak mengenai pembahagian kerusi PRU14 akan datang.
Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, sehingga kini pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berkenaan perkara tersebut dan yakin pemilihan pemimpin untuk setiap kerusi adalah berdasarkan ketokohan yang dimiliki.
“Untuk setiap kerusi itu, kita tahu siapa yang lebih layak, dari segi ketokohan dan juga sambutan rakyat. Jadi kita boleh terima dengan hati terbuka, kecuali jika ada pemimpin yang berkepentingan untuk jadi calon. Sebab kita cuma mahu menang,”katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas mengenai bayangan pertambahan kerusi PKR di sini, beliau berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum mengadakan rundingan rasmi dengan Pas mahupun mana-mana parti di sini.
Beliau berkata, untuk rundingan kerusi dengan Pas, perjanjian Pakatan Rakyat dahulu menyatakan kerusi yang kalah sahaja yang boleh dirunding.
Loading...
0 Response to "PLANNING YANG BELUM JELAS"
Posting Komentar