Loading...

Poster "PENGUNDI TAMBUN Berdiri TEGUH bersama Dato' Seri Husni" DIGANTUNG

Loading...

Satu poster digantung mendakwa mereka adalah pengundi-pengundi Parlimen Tambun menyatakan sokongan dan berdiri teguh bersama YB Dato Seri' Husni Hanadzlah.

Datuk Seri Husni Hanadzlah semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat mempersoalkan kewajaran penubuhan syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB dengan meletakkan RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited, yang bukan dimiliki IPIC.

Husni juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit ke tempat yang tidak betul.



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas itu membangkitkan dan menegur kononnya sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.

Beliau mendakwa perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sesi perbahasan lalu adalah maklumat yang diperoleh ketika berada di dalam kabinet.

Pada sesi perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu telah menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.

Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun'

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj Mahfuz menjelaskan bahawa amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.


Polis akan panggil Muhyiddin, Mohd Shafie dan Ahmad Husni


Maklumat terbaru menyatakan Polis akan mengambil keterangan tiga bekas anggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan kesemua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Poster "PENGUNDI TAMBUN Berdiri TEGUH bersama Dato' Seri Husni" DIGANTUNG"

Posting Komentar