Loading...
PUTRAJAYA 19 Okt.- Penganjur program bina semangat membabitkan pelajar sekolah diwajib melampirkan isi kandungan serta penerangan berhubung maklumat modul program yang akan dijalankan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak sekolah.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara tersebut perlu bagi mengelakkan modul latihan yang diterapkan tidak bersesuaian dengan pelajar sehingga memberikan kesan trauma seperti yang berlaku ke atas sekumpulan pelajar di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.
Beliau berkata, kementerian juga memutuskan sebarang program bina semangat pelajar boleh diteruskan, namun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan selain perlu mengelak daripada melaksanakan aktiviti atau menggunakan binatang sehingga boleh menimbulkan trauma.
"Sebarang program membabitkan pelajar masih boleh diteruskan tetapi kita minta semua pihak yang terbabit tidak melaksanakan sebarang bentuk aktiviti yang boleh menimbulkan kesan trauma kepada pelajar, jadi dalam hal ini kita minta penganjur membuat pengesahan terlebih dahulu dengan PPD dan sekolah.
"Kebenaran untuk menganjurkan program juga hanya diberikan selepas PPD dan sekolah mengetahui secara terperinci modul program yang bakal dianjurkan, perkara ini perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

0 Response to "Program bina semangat perlu dapat kelulusan - Mahdzir"
Posting Komentar