Loading...
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pihak polis akan mengambil keterangan dalam sehari dua ini daripada tiga bekas anggota kabinet yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan dalam ucapan di Parlimen, baru-baru ini.
Tiga anggota kabinet tersebut ialah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah.
Katanya, siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB.
Isu ini mula dibangkitkan oleh Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia selepas ketiga-tigas bekas menteri itu menyampaikan ucapan membahaskan Bajet 2017 di Parlimen yang kemudian diikuti dengan beberapa laporan polis turut dibuat berkenaan dengannya.
Berdasarkan hakikat yang ada, apakah nasib Muhyiddin, Shafie dan Husni selepas ini?
Dipenjara? Didenda? Atau dihukum sehingga hilang kelayakan daripada bertanding dalam PRU 14 akan datang?
Berikut adalah ulasan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkenaan tindakan terhadap tiga bekas menteri itu.(http://ift.tt/2f4FFFM).
SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT
1. Amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.
2. Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.
Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.
3. Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri. Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.
4. Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan, ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia.
Terima kasih Tan Sri Speaker, rasuah dan rompakan negara adalah rahsia.
#BerjuangUntukRakyat
#JanganTipuRakyat
#1MDBAdalahRahsia
#SelamatkanMalaysia
#BiarJasaJadiKenangan
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H.
Loading...
0 Response to "[RAHSIA? JEMAAH MENTERI bukan JEMAAH PENYAMUN] Yang DEDAH Penyelewengan 1MDB Pantas DISIASAT, Penyangak MO1 DIBIAR BEBAS?"
Posting Komentar