Loading...
Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka. Berdasarkan temubual Malaysiakini dengan Kusaini Kassim, lelaki yang diterajang oleh samseng baju merah baru-baru ini, beliau bukanlah seorang anggota Polis. Gambarnya dengan pakaian seragam di atas sebuah motorsikal hanyalah sekadar suka-suka.
Mengulas perkara itu, Kusaini menafikan dia berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan sebaliknya mengenakan pakaian itu atas dasar "suka-suka" lapor Malaysiakini.
Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka. "Bukan, itu (gambar pakaian seragam seperti polis) ada kawan ajak bergambar pakai baju dia, dan dia pun ada cakap jangan buat macam-macam dengan gambar tersebut. Saya saja nak berlagak (action)" kata Kusaini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa turut dipetik sebagai berkata,
"Beliau (Kusaini) merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai pembantu am rendah, bukannya seorang anggota PDRM seperti yang diviralkan,".
Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka
"Perbuatan tersebut sengaja dilakukan untuk memburuk-burukkan imej PDRM," katanya lagi dalam satu kenyataan media hari ini. - Malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka"
Posting Komentar