Loading...

RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi

Loading...
RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi. Selepas Presiden Pas menggunakan gelaran keldai dan anjing gila, Ketua Penerangan parti Islam itu pula menggelar pihak yang mengkritik usul pindaan Akta 355 sebagai 'membohongi dan memperbodohkan diri sendiri'.

“Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di Facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.

RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi. “Bagi mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan,” kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika menganggap pihak yang mempersoal usul pindaan akta tersebut sebagai membohongi dan memperbodohkan diri sendiri, Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa Pas membudayakan politik matang dan sejahtera bercirikan politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

“Maka Pas bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.

RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi


“Pas menerang tidak menghukum. Pas berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. 

Kita pendakwah bukan qadhi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam,” ujarnya ketika giliran pembentangan RUU 355 semakin tertolak ke bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya tanpa bosan akan menjelaskan tentang dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit sekitar usaha meminda Akta 355 serta bersedia menemui mana-mana pihak yang ingin mencari kebenaran.


RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi


Nasrudin turut menegaskan pendirian parti itu sebelum ini supaya Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong usul pindaan akta berkenaan.

RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi. “Justeru pindaan ini bermaksud memberi hak kepada mahkamah syariah agar boleh menjatuhkan hukuman menepati Undang-Undang Syariat Islam,” tambahnya lagi. - Malaysia Dateline




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RUU 355: Biarlah Mereka Perbodoh Diri, Kata Nasrudin Tantawi"

Posting Komentar