Loading...
'Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen'
Takiyuddin Hassan - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Pas menegaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bukan undang-undang hudud.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerana undang-undang hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen.
"Jika mengatakan cadangan meminda Akta 355 sebagai rang-rang hudud adalah sesuatu tidak betul. Hudud adalah undang-undang yang dibuat oleh negeri. Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen .
"Jadi saya tegaskan hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen, oleh sebab itu kita (Pas) pada 1983 kerajaan Kelantan meluluskan satu enakmen berkaitan dengan hudud di Dun Kelantan.
"Dan 2002 Terengganu luluskan enakmen hudud, qisas dan takzir di Dun Terengganu," katanya dalam wacana Sinar Harian 41 yang berjudul 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi 'di Dewan Sultan Muhammad V, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Loading...
0 Response to "RUU 355 bukan hudud,so ngapa kafir marah ?"
Posting Komentar