Loading...

'Saya akan buka bicara hati di Dewan Rakyat' - Ahmad Husni

Loading...
 
 
Ahmad Husni Hanadzlah
Ahmad Husni Hanadzlah
 
 
Selepas sekian lama menghilangkan diri, akhirnya bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membuat penampilan umum dan bersedia untuk bercakap di khalayak ramai.
 
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akan membuka bicara hati secara ikhlas apabila mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat 17 Oktober ini.
 
Menurut Ahmad Husni, adalah tidak sesuai untuk beliau membuat kenyataan mengenai isu politik semasa kerana beliau akan 'diserang' tiga kumpulan parti.
 
 
"Ketika ini, politik secara asasnya ada tiga kumpulan iaitu kerajaan, pembangkang dan kumpulan kelabu. Kalau saya nak buat kenyataan tertentu tiga kumpulan ini akan menyerang.
 
"Jadi biarlah. Saya akan buat kenyataan apabila diberi peluang berbahas di Parlimen, akan mulakan disana.
 
"Kamu akan lihat nanti, perbahasan di Parlimen akan bermula dengan Bajet, saya akan mula di sana, akan berbicara dari hati dan minda untuk masa depan rakyat dan negara," katanya tenang selepas malis perasmian Dialog Polisi Ahli Parlimen dan Pakar Asia mengenai Penuaan 
 
Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
 
Ahmad Husni menyatakan demikian ketika diminta mengulas keadaan politik semasa, termasuk tentang tingkah laku kumpulan Baju Merah.
 
Tambah bekas Bendahari Agung UMNO itu, setiap kenyataannya datang daripada hati dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
 
"Sebagai bekas menteri, saya sudah melalui pelbagai isu sepanjang karier, biarlah saya menyuarakan pendapat dari perspektif diri sendiri.
 
"Selepas itu jika mereka (tiga kumpulan) mahu menyerang saya, tidak apa. Biarlah, sebab saya bercakap untuk masa depan rakyat dan negara," ujarnya.
 
Sejak 'bersara awal', Ahmad Husni dilihat terus 'berehat' dengan menjauhi media. - MalaysiaGazette
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Saya akan buka bicara hati di Dewan Rakyat' - Ahmad Husni"

Posting Komentar