Loading...
Di samping itu, rakyat pula akan terus menjadi mangsa keadaan menanggung beban kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, perangkap perkauman dan agama bukan sahaja memesongkan tumpuan rakyat, tetapi juga telah menyebabkan runtuhnya Pakatan Rakyat apabila polemik hudud ditimbulkan.
“Saya puji Najib kali ini sebab beliau berjaya ‘dapatkan’ PAS ikut rentak Umno mainkan isu-isu kaum dan agama.
“Macam manalah dia (Najib) dapat pengaruhi Presiden PAS? Kalaulah PAS kerjasama dengan Umno, habislah PAS.
Bukan sahaja akan hilang banyak kerusi, Kelantan pun akan hilang,” katanya dalam Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2016 sebentar tadi seperti dilaporkan oleh Roketkini.com.
Beliau menjelaskan risiko kekalahan besar PAS itu telah pun diketahui umum, namun berasa hairan apabila Presiden PAS seolah-olah tidak menyedari risiko yang bakal dihadapi partinya itu.
Loading...
0 Response to "Saya puji Najib kali ini sebab beliau berjaya ‘dapatkan’ PAS ikut rentak Umno"
Posting Komentar