Loading...
Khalid: Pas parti utamakan syariat Islam
Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
CYBERJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpandangan bahawa Pas lebih mengutamakan prinsip berlandaskan syariat Islam dalam perjuangan mereka.
Menurut beliau, walaupun rakyat negara ini hidup dalam keadaan berbilang kaum namun konsep mengutamakan syariat Islam tetap dipegang oleh Pas dalam perjuangan mereka.
"Saya sendiri menyokongnya sebab itu pemilihan rakan-rakan mestilah berasaskan daripada konsep tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Pelancaran 1Media Online & Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tetap utamakan Gagasan Sejahtera]
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memaklumkan bahawa parti Islam itu menolak mana-mana parti politik yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, sekiranya ada di antara parti politik yang tidak dapat mengikut konsep tersebut, Pas boleh mengambil pendekatan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan pihak berkenaan.
"Jika mereka (parti politik) berfikir bahawa perkara ini tidak boleh diteruskan maknanya Pas tidak perlu mendapatkan rakan-rakan yang sebegini,"katanya.
Loading...
0 Response to "SEKULAR TAK FAHAM SYARI'AT ISLAM"
Posting Komentar