Loading...
Tindakan disiplin tidak akan jernihkan keadaan parti
SHAH ALAM - Pengumuman bekas pimpinan Umno untuk keluar parti baru-baru ini, atas alasan hilang kepercayaan terhadap Umno dan kerajaan BN bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh.
Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib, perlu ada tindakan pembetulan terhadap isu ini dan juga diambil serius oleh pemimpin atasan.
“Tindakan disiplin dengan memecat atau membekukan jawatan tidak akan menjernihkan keadaan.
“Tindakan pembetulan terhadap tingkahlaku dan juga isu yang dibangkitkan pemimpin atasan dan ahli parti juga perlu diambil perhatian serius
“Lebih elok jika setiap pemimpin dan ahli meluah perasaan di dalam parti berbanding mendorong mereka untuk berada di parti lawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Selain itu, beliau juga merasakan kritikan yang dibuat haruslah tidak merosakkan imej dan parti itu.
“Kritikan harus berasas dan tidak merosakkan imej parti. Umno pula jangan asyik menutup pintu pada kritikan dan teguran,” tambahnya lagi.
Usah sibuk Dalam pada itu, beliau juga turut agar pemimpin Umno tidak menyibukkan diri dengan usaha mengambil tindakan pada pemimpin dan ahli.
“Usah disibukkan dengan usaha mengenakan tindakan pada pemimpin dan ahli yang dikatakan tidak sehaluan dengan pemimpin utama Umno.
“Akan tetapi, mulakan usaha menjejak dan mendekati tokoh rakyat setempat di kawasan-kawasan seluruh negara supaya parti itu terus positif di peringkat lokal dan cawangan,” katanya lagi.
Tawar tokoh dan ikon masyarakat Menurutnya lagi, Umno harus menawarkan tokoh dan ikon masyarakat dalam parti itu.
"Umno harus memberikan perhatian serius dalam mendampingi semua tokoh masyarakat dan orang muda negara ini.
“Paling utama ialah semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti ialah pemilihan calon yang merupakan tokoh masyarakat yang disegani supaya mudah untuk mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat
“Di samping itu, ia akan memberikan promosi dan kekuatan imej pada Umno sebagai parti rakyat yang komited pada kebajikan,” katanya lagi.
Parti pemerintah negara Di samping itu, beliau juga meminta agar Umno menekankan isu yang lebih utama iaitu mengekalkan parti tersebut sebagai pemerintah utama di negara ini.
“Yang utama pada Umno seharusnya bukan soal mahu mengekalkan prestij dan kedudukan semata-mata, tetapi yang lebih utama adalah untuk kekalkan Umno sebagai parti pemerintah utama di negara ini,” katanya mengakhiri bicara.
Loading...
0 Response to "TAMBAH NAFIKAN MAKA UMNO TERUS JUGA BERPECAH"
Posting Komentar