Loading...

UMNO NAJIB Cina, Kenapa ‘tanah emas’ Desa Water Park tak diserah kepada Bumiputera?: Kadir Jasin

Loading...

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin, mempertikai kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memastikan ‘tanah emas’ Desa Water Park di Jalan Klang Lama di ibu negara, dijual atau diserah dan dimajukan oleh Bumiputera.

Sebaliknya, kata beliau, tanah yang dipajak kepada syarikat Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan yang membuka taman tema air sejak 16 tahun lalu dan ditutup mulai 1 Oktober lalu, kini dijual kepada Tan Sri Chai Kin Kong – pemilik Aset Kayamas yang baru diasaskan pada 2011.

Menulis dalam blog beliau, bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata:
“Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno. Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.

“Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.”

Beliau mempersoalkan apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu.

Kadir turut membidas Najib yang mengarahkan Khazanah untuk membelanjakan RM650 juta bagi memajukan semula kawasan Tugu Negara, tetapi tidak boleh mengarah mana-mana GLC, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membeli dan majukan tanah itu.

Antara persoalan lain yang diketengahnya ialah:

* Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?;

* Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?;

* Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?;

* Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?;

* Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.;

* Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?;

* Yang mana sudah terbukti bahaya – Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?; dan

* Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion – kerajaan BN atau Cina DAP?

Kadir berkata, ini bukan kali pertama DBKL menjual tanah kepada syarikat Cina, sebaliknya ia pernah menjual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan menjadi Pantai Hillpark.

“Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

“Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

“Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini,” katanya.

* Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?;

ismaweb
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO NAJIB Cina, Kenapa ‘tanah emas’ Desa Water Park tak diserah kepada Bumiputera?: Kadir Jasin"

Posting Komentar