Loading...
SHAH ALAM - Adun BN Selangor bertindak memegang placards yang tertera ayat 'Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat' sebaik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Belanjawan 2017 Selangor, di Sidang Dun hari ini.
Beberapa Adun BN seperti Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih), Shahrum Mohd Sharif (Dengkil) dan Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara) dilihat memegang plakad sebagai satu sindiran terhadap Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan belanjawan negara untuk 2017 di Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.
Mat Nadzari berkata, Adun BN di negeri ini tidak akan meniru tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa bertindak meninggalkan dewan.
"Kami (Adun BN) hormat Sidang Dewan Negeri dan menggalas penuh mandat yang diberi pengundi kepada kami selaku wakil rakyat di negeri ini.
"Kita ikhlas melaksanakan tanggungjawab kepada orang ramai dan disebabkan itu kita mahu mendengar perbentangan belanjawan hingga selesai yang kemudiannya boleh dibahaskan.
"Terdapat dalam belanjawan itu yang membuatkan kita tak bersetuju namun tindakan keluar dewan bukan langkah yang tepat," katanya. - SH
Loading...
0 Response to "[VIDEO:DUN SELANGOR] Adun BN BALAS pegang plakad sebaik MB Selangor selesai Bentang Bajet 2017 Selangor"
Posting Komentar