Loading...
Burger Babi diberi nama P Ramly di Damansara, apa pulak kata Liberal Jahil |
NAMPAKNYA isu logo halal Jakim dan ‘Pretzel Dog’ tidak terhenti begitu sahaja.
Asas kepada permasalahan ini ditimbulkan oleh media liberal dan disokong oleh penulis-penulis liberal yang beragama Islam ataupun tidak.
Secara jelas mereka tidak mahu Islam tertegak di Malaysia. Mereka mahu merungkai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti yang tercatat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka akan sentiasa membangkitkan isu, mencipta isu dan mempertikaikan perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan seperti syarat kelulusan logo halal Jakim, sembelihan korban di sekolah, pemakaian tudung, pendidikan Islam dan sebagainya.
Tidak kira sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya.
Mereka mahu institusi Islam seperti Jabatan Agama Negeri-Negeri, Jakim, Jabatan Mufti Negeri-Negeri, NGO-NGO Islam berhenti daripada menjalankan peranan menegakkan agama Islam di negara ini.
Sebagai contoh, penulis Zan Azlee mengutuk Jakim kerana tidak meluluskan permohonan logo halal bagi makanan ‘Pretzel Dog’. Sedangkan kita tahu makanan itu jika benar-benar diyakini tiada unsur anjing padanya dan hanya ada perkataan anjing pada namanya, sudah tentu ia halal dan boleh dimakan. Begitu juga hot dog yang biasa dijual di pasar-pasar malam atau di gerai tepi jalan.
Cuma yang menjadi masalah apabila pihak pengeluar makanan mahu mendapatkan logo halal Jakim untuk dipasarkan kepada awam. Sudah tentu ada kriteria-kriteria khusus yang perlu dipenuhi, bukan semudah A, B dan C.
Zan Azlee juga mempertikaikan peruntukan Jakim sebanyak kira-kira RM1 bilion yang diberikan oleh kerajaan. Katanya, tiada sesiapa pun tahu duit itu pergi ke mana.
Hakikatnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pernah mengeluarkan kenyataan pada 26 November 2015 menyangkal dakwaan Zaid Ibrahim bahawa peruntukan untuk Jakim satu pembaziran.
Datuk Dr Asyraf Wajdi memberitahu, Jakim membiayai elaun hampir 15,000 imam, kira-kira 34,000 guru Kafa dan 4,000 guru takmir di seluruh negara. Baca kenyataannya di sini.
Bahkan katanya, Jakim perlu mendapat peruntukan kerajaan lebih daripada RM1 bilion untuk menjayakan fungsinya dalam memartabatkan Islam di Malaysia.
Zan Azlee juga menulis bahawa badan Islam seperti Jakim tidak boleh ditegur langsung dan jika ditegur, orang yang menegur akan dicop sebagai penentang Islam dan telah jatuh kafir.
Come on lah, be gentlement.
Tiada siapa yang pernah dikafirkan oleh Jakim atau mana-mana badan Islam.
Semua teguran dan pandangan diterima dan dinilai sebaiknya.
Tapi kalau teguran itu terang-terangan bercanggah dengan Islam, berkiblatkan hak asasi manusia tajaan Barat, bukankah itu berniat menjatuhkan Islam?
Contohnya sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, begitu juga penyebaran ajaran sesat Syiah.
Kalau kita akur kepada logik puak liberal, berapa ramai orang Islam akan sanggup murtad dan terjerumus menjadi penganut Syiah disebabkan tawaran wang ringgit yang diberikan? Mereka yang tidak kuat iman dan kurang ilmu mengenai Islam amat mudah terpengaruh.
Bagi Pedang, selagi geng liberal termasuk yang bertudung dan beragama Islam tidak betul-betul kembali kepada ajaran Islam sebenar, selagi itulah isu-isu remeh akan terus diperbesarkan hanya dengan satu matlamat iaitu menjadikan Malaysia negara sekular.
Bak kata Zan Azlee sendiri:
“What I am against is the fact that this one particular religion has been incorporated into a governmental system that is supposed to be secular and represent everyone regardless of faith.”
Kata Pedang: Kalau semalam Ustaz Ahmad Dusuki kasihan kepada Siti Kasim dan rakan-rakannya yang menentang RUU 355 di luar Parlimen, hari ini Pedang pula kasihan kepada Zan Azlee dan penulis-penulis liberal yang lain yang tidak henti-henti memerah idea menulis yang tidak elok mengenai Islam di Malaysia.
Loading...
0 Response to "Zan Azlee kutuk Jakim sebab mahu Malaysia jadi sekular"
Posting Komentar