Loading...
Hah!!! Yang ni baru betul. Sekarang baru la puak Pakatan Haprak tu akan keluarkan kenyataan dan mendakwa kononnya sistem perundangan di Malaysia ni berat sebelah sebab ada pemimpin diorang yang dikenakan tindakan sedemikian.
Dengar katanya, Si Khalid Samad tu telah dijatuhkan hukuman kerana didakwa menabur fitnah terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan dikenakan bayaran sebanyak RM 200 ribu selepas dia GAGAL membuat rayuan di Mahkamah.
Semalam, pihak Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak permohonan Si Khalid Samad tu untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dapati dia bersalah dan perlu membayar denda sebanyak RM200,000.
Saman terhadap Si Khalid Samad tu telah difailkan oleh Datuk Dr. Hasan Ali pada 12 April 2012 selepas dia mengeluarkan dakwaan kononnya SYABAS dan Puncak Niaga Bhd. telah menjadi penaja kepada gerakan NGO Hasan Ali, JATI.
Pada 27 November 2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintah supaya Si Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu membayar ganti rugi sebanyak RM320,000 kepada Dr. Hasan setelah kerana menabur fitnah.
Walaubagaimana pun, Si Khalid Samad tu telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan dengan harapan ianya akan ditolak. Namun malangnya, mahkamah tersebut juga membuat keputusan yang sama dan mendapati Si Khalid Samad tu bersalah.
Tetapi ternyata, diatas budi bicara dan ketetapan pihak Mahkamah Rayuan, jumlah bayaran ganti rugi yang perlu dijelaskan oleh Si Khalid Samad kepada Dr. Hasan Ali iaitu sebanyak RM 320 ribu telah diturunkan kepada RM 200 ribu sahaja.
Dan semalam, ke-GAGAL-an Si Khalid Samad tu mengenepikan keputusan yang telah dibuat melalui Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Ahli Parlimen Shah Alam itu sedang berhadapan dengan kemungkinan kehilangan jawatannya.
Sewajarnya, Si Khalid Samad tu perlu menganggap perkara ini sebagai satu khifarah dari Allah S.W.T. Jika sebelum ini, dia cuba nak malukan Datuk Dr. Hasan Ali dengan memburuk - burukan bekas Pesuruhjaya PAS itu sehingga dipecat dari PAS. Jadi kali ini, Si Khalid Samad tu pula yang hilang kemaluan dengan tindakan yang dikenakan terhadap dirinya!!!
Loading...
0 Response to "AMCAM PAN ? PAN OH PAN"
Posting Komentar