Loading...

Bekas pegawai BSI ganggu saksi dalam siasatan 1MDB

Loading...
Oleh CNA
 
 


Seorang bekas pegawai bank swasta yang didakwa terlibat dalam urus niaga haram yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibicarakan di Singapura kerana mempengaruhi saksi-saksi utama dengan meminta mereka berbohong dan memusnahkan bukti.

Yeo Jiawei, perunding kekayaan di Bank BSI, ditahan pada bulan Mac lalu kerana penggubahan wang haram.

Pendakwa raya berkata, Yeo memainkan 'peranan utama' dalam penggubahan sejumlah wang berjumlah S$26 juta.

"Ini adalah kes terbesar pengubahan wang haram dikendalikan (Jabatan Hal Ehwal Komersial)," kata Timbalan Pendakwa Raya, Tan Kiat Pheng pada pembukaan perbicaraan Yeo - percubaan pertama seumpamanya yang dikaitkan dengan siasatan, merangkumi enam perundangan termasuk Switzerland dan Amerika Syarika bagi dana 1MDB.

Yeo dibicarakan atas empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan.

Tujuh tuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan selama masa ini.

Mahkamah Daerah diberitahu apabila Yeo, 33, dibebaskan dengan jaminan satu hari selepas ditangkap pada bulan Mac, beliau didakwa telah menghubungi tiga saksi utama dan meminta mereka untuk berbohong kepada polis bagi melindungi diri dan firma miliknya, Bridgerock Investment.

Pada mesyuarat 27 Mac lalu di Swiss Club di Singapura, Yeo dikatakan telah meminta Kevin Michael Swampillai - pengarah perkhidmatan pengurusan kekayaan BSI - untuk berbohong kepada polis bahawa wang yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei ke Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan yang tulen.

Tetapi hakikatnya, pendakwa berkata, wang-wang tersebut telah disalurkan dari BSI dan pengurus dana yang tidak dinamakan dalam Bridgerock Investment dan GTB Investment - adalah syarikat yang dimiliki oleh Yeo dan Swampillai masing-masing.

Pada mesyuarat yang sama, Yeo didakwa meminta Goh untuk berbohong kepada polis bahawa pemindahan yang dilakukan adalah pelaburannya.

Selain daripada penglibatan beliau sebagai pekerja BSI, Yeo juga terlibat dalam urus niaga haram dalam haknya sendiri, dakwa pendakwa raya.

Yeo didakwa menggunakan Kumpulan Amicorp untuk memudahkan urus niaga ini.

Pada bulan Mac, Yeo didakwa memberitahu Jose Renato Carvalho Pinto, seorang pekerja Amicorp Group, untuk melupuskan komputer ribanya kerana mengandungi bukti urusan Yeo dengan kumpulan tersebut.

Beliau juga memberitahu Pinto tidak melakukan perjalanan ke Singapura supaya beliau tidak dipersoalkan oleh Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD).

Yeo didakwa menghasut Pinto memberitahu rakannya Mun Enci Aloysius untuk berpura-pura tidak tahu jika ditanya oleh CAD tentang urusan Yeo dengan Amicorp Group.

Jika didapati bersalah memutarbelitkan perjalanan keadilan, Yeo menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga denda.

Perbicaraan ke atas Yeo dijadualkan selama pada sembilan hari, mulai 31 Oktober hingga 7 November (tidak termasuk 4 November).

Lambaga Monetari Singapura (MAS) memerintah BSI menutup pejabatnya di Singapura pada Mei lalu berikutan 'melanggar keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku kakitangan bank,'.

Lembaga itu juga merujuk enam daripada pengurusan kanan bank dan kakitangan di Singapura kepada pendakwa raya.

Setakat ini, tiga orang termasuk Yeo didakwa. - MalaysiaGazette

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas pegawai BSI ganggu saksi dalam siasatan 1MDB"

Posting Komentar