Loading...
Notis Bersih, Baju Merah berhimpun ditolak
Amar Singh (dua, kanan) ketika sidang media sebentar tadi.
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menegaskan dua kumpulan iaitu Bersih 5.0 dan NGO Gabungan Gerakan Merah Malaysia gagal mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah untuk mengadakan himpunan esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya ada menerima notis daripada kedua-dua kumpulan berkenaan pada 28 Oktober dan 1 November lalu.
"Namun, kedua-dua notis ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu persetujuan pemulanya tempat di mana perhimpunan akan diadakan.
"Jadi,kita nasihatkan agar himpunan ini tidak diteruskan setelah mengambil kira isu keselamatan dan ketenteraman awam," katanya
Beliau berkata, polis dengan kekuatan mencukupi akan tetap mengadakan kawalan bagi memastikan keselamatan terus terkawal.
Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk melaksanakan tangkapan bagi mereka yang menimbulkan kekecohan dan melanggar undang-undang semasa himpunan itu.
Selain itu, polis turut menegaskan dan melarang penggunaan dron sepanjang perhimpunan itu.
"Kita telah menghantar surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya.
Loading...
0 Response to "BERSIH 5"
Posting Komentar