Kata anak Perdana Menteri yang bernama Nizar Najib, selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan.
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap keluarganya kerana mereka di pihak yang benar.
Betulkah begitu?
Pernahkah beliau bertanya kepada ayahnya, Najib Razak mengapa memecat Peguam Negara, mengapa beberapa menteri dibuang, mengapa tidak menyaman WSJ, mengapa mengOSAkan laporan audit 1MDB, mengapa tidak berani menjawab soalan tentang 1MDB di Parlimen, mengapa menolak MLA yang dipohon oleh Peguam Negara Switzerland dan puluhan mengapa lagi yang perlu dijawab dengan jujur dan ikhlas.
Selagi tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada ayahnya sendiri kepada persoalan-persoalan tersebut, bagaimana Nizar begitu yakin keluarganya berada di pihak benar?
Adakah Nizar benar-benar faham maksud ungkapan "selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan" itu?
Adakah ayahnya memiliki ciri-ciri seperti yang disebutnya itu?
Pernahkah juga Nizar mendengar Najib melafazkan ungkapan "berani kerana benar, takut kerana salah" sejak meletusnya isu 1MDB dan di dalam akaun peribadi ayahnya ada wang sebanyak RM2,600 juta?
Related Posts :
[Video Tasik Gelugor Sudah Lari Keluar Dewan & Isu YB BN Terpalit Rasuah] Equanimity akan dijual dalam tahun ini, kata Peguam Negara.Selasa, 14 Ogos 2018
Tun Mahathir lawat kapal Equanimity.
Equanimity akan dijual dalam tahun ini, kata Peguam Negara
Bernama
| Au… Read More...
[Video MARA, FELDA Telah Rosak Kerana Kecurangan BN!] Sekali air bah, sekali pasir berubah! Dlm amno pon ada sokong Anwar ada sokong Tun M.Selasa, 14 Ogos 2018
UMNO Ungrateful Warlords Sharpening Knives For Najib’s Head...
Tumpang sekole.
Nazri Aziz juga berkata belia… Read More...
(Hari Jadi Suami/isteri Kongsi Hidup) Pensyarah Tegur Jemut Masing kata 31 Ogos Tiada Kaitan dengan Sarawak
"Kontroversi 31 Ogos: umpama menidakkan hari jadi isteri atau suami sendiri dalam sebuah perkahwinan".
Itu respon penganalisis politik U… Read More...
[Video "Tanpa Umno pun melayu terbela" Azmin hentam Pasir Salak & Terdiam Pembangkang Dengar Sindiran Tun Dr M Isu BM/Melayu] Siapa dalam PKR yang jadi BARUA Umno? TU DIA! Tang cina DAP kau maki, TETAPI tang cina Jho Low kau pertahankan.… Read More...
Rakyak LOYA, MUAK, tertanya-tanya, mampukah PH memerintah
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti bermain politik yang dilihat tiada kesudahan kerana mereka bukan lagi kerajaan pemba… Read More...
0 Response to "BETULKAH BEGITU, NIZAR NAJIB?"
Posting Komentar