Loading...
Hikmah 25 tahun 'jalan mengesot'
Johari.
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat mahu Kelantan terus bersabar dan tidak tergopoh-gapah dalam soal menegakkan hukum ALLAH SWT terutamanya membabitkan pindaan RUU355.
Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Johari Mat berkata, penangguhan huraian RUU 355 oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada hikmahnya.
“Kalau kita boleh tunggu 25 tahun, kenapa pula tidak boleh tunggu lima bulan?
“Yang keduanya, ada hikmah di sebaliknya (penangguhan), kalau bentang pun tidak cukup masa,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan Pas di Medan Ilmu di sini.
Johari memaklumkan, pada 1990 pelbagai cemuhan yang dilemparkan dan kini proses ke arah merealisasikannya sudah ada sokongannya.
“Akhirnya selepas 25 tahun, orang bagi masuk dalam dewan. Ini satu anjakan walaupun 'jalan mengesot'. Tidak mengapalah, lambat pun akan sampai.
“Insya-ALLAH ambo yakin, seperti air mengalir dari hulu, turun bukit dan akhirnya akan sampai ke kuala, bila kita tidak tahu tetapi tetap bergerak,” katanya.
Loading...
0 Response to "BUKAN TAK LEH TUNGGU TAPI SEBAB ADA BATU API POLITIK MAIN CUCUK-CUCUK, MACAM SYAITAN"
Posting Komentar