Loading...

CONTOHI LA DAP MEMERINTAH P.PINANG, BAKAL MENJADI LAMBAKAN PENGEMIS

Loading...
Timur Laut catat pengemis, pelesiran tertinggi
Timur Laut catat pengemis, pelesiran tertinggi
Warga emas mengamuk dan cuba untuk memukul ketika kakitangan JKM Pulau Pinang cuba menyelamatkannya dalam operasi semalam. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Seorang warga emas mengamuk selepas sepasukan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang ingin menyelamatnya dari terus mengemis di pekarangan Komtar, petang semalam.

Wanita berkenaan turut memaki hamun dan cuba memukul kakitangan JKM yang memujuknya menggunakan payung.

Difahamkan, warga emas yang tidak mempunyai waris itu sering dilihat berada di sekitar Komtar dan meminta wang daripada orang awam yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM Pulau Pinang, Norsuyani Mohd Noor berkata, sebelum ini, warga emas berusia lingkungan 60 an itu pernah ditahan sebanyak empat kali tetapi berjaya melarikan diri dari pusat perlindungan.

Menurutnya, warga emas berkenaan kemudiannya berjaya dipujuk anggota polis yang turut mengikuti Operasi Bersepadu Menyelamat Pengemis itu.

"Dia pernah diselamatkan sebanyak empat kali dan turut berkelakuan sama dengan mengamuk serta memarahi kakitangan JKM ketika kita mahu menyelamatkannya. Namun, ketika berada di pusat perlindungan, dia melarikan diri dan kembali mengemis.

"Selain wanita berkenaan, kita turut menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita Rohingya yang turut dikesan mengemis di sekitar Komtar, Padang Kota dan Persiaran Gurney," katanya kepada media selepas operasi petang semalam.

Norsuyani berkata, salah seorang lelaki yang ditahan diserahkan kepada Hospital Pulau Pinang kerana mengidap penyakit tibi.


"Yang lain ditempatkan sementara di pusat perlindungan yang disediakan badan bukan kerajaan (NGO) sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk tindakan selanjutnya pada Isnin atau Selasa ini.

"Mahkamah akan tentukan sama ada mereka akan ditempatkan di institusi kebajikan mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 atau dibebaskan dengan amaran," katanya.

Menurutnya, sehingga September tahun ini, JKM Pulau Pinang menjalankan 305 operasi menyelamatkan pengemis di lima daerah di negeri ini.

"Jika dilihat dari statistik, Timur Laut mencatatkan bilangan pengemis paling tinggi di antara kelima-lima daerah iaitu 321 orang.

"Jumlah itu merangkumi pengemis dan pelesir warganegara serta bukan warganegara. Seramai 345 orang  iaitu 193 pengemis dan 152 pelesir warganegara berjaya diselamatkan di kelima-lima daerah.

"Sementara itu, bagi bukan warganegara pula, seramai 87 orang iaitu 75 pengemis dan 12 pelesir menjadikan jumlah keseluruhan berjaya diselamatkan sehingga September adalah 432 orang," katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CONTOHI LA DAP MEMERINTAH P.PINANG, BAKAL MENJADI LAMBAKAN PENGEMIS"

Posting Komentar