Loading...

[DAP TUBUH PASUKAN PERONDA] KAMI MEMANG TIDAK SUKA DAP, tapi Jatuhkan Najib Lebih Utama pada PRU14

Loading...

Georgetown: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar nafi berbincang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS) menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan, dua tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai BPS yang dilancarkan Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.
Khalid berkata, kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) penubuhan BPS ini.
Malah, katanya, beliau sendiri tidak pernah bertemu dengan Guan Eng bagi berbincang berkenaan perkara itu.
"Saya dah arahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab bagi mendapatkan butiran mengenai tugasan atau tanggungjawab BPS.
“Selain itu, maklumat berkaitan siapa ahli mereka dan apa prosedur operasi standard (SOP) mereka.
"Selain itu, kita juga akan menyemak sama ada BPS ini sudah berdaftar atau tidak dengan Pendaftar Pertubuan (ROS),” katanya.
Pada 31 Ogos 2014, lebih 150 anggota PPS ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuan (ROS).
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[DAP TUBUH PASUKAN PERONDA] KAMI MEMANG TIDAK SUKA DAP, tapi Jatuhkan Najib Lebih Utama pada PRU14"

Posting Komentar