Loading...

Guru Sekarang Perlu 'Hipster' 'Versatil' & 'Up To Date' Untuk Elak Jadi 'Guru Tua'

Loading...
'Azad (kiri) dan Khairi ketika sesi soal jawab.
Program Bicara Siswa: Ikon Guru Muda, anjuran Junior Academician Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan diadakan bertempat di IPG kampus berkenaan, baru-baru ini.

Program setengah hari itu menyasarkan peserta siswa, pendidik dan pensyarah IPGKPT dengan objektif meningkatkan pengetahuan siswa pendidik terhadap dunia pendidikan, pendedahan realiti sebenar tugas guru abad ke-21 dan perkongsian pengalaman sebenar guru-guru keluaran IPGKPT.

Pelaksanaan forum ini lebih berkonsepkan bual bicara rancangan televisyen disertakan persembahan selingan Technichorus Band.

Program dikendalikan moderator yang juga Presiden Kelab Orator IPGKPT, Shamil Usrah ini mendapat sambutan sementelahan panel hadir merupakan bekas penuntut yang mempunyai pengalaman sebenar bertugas di pedalaman dan di bandar.

Bual bicara santai memberi pelbagai input kepada siswa pendidik khususnya dalam mendepani tugasan sebenar apabila tamat latihan.

Program bual bicara ini juga diserikan cabutan bertuah berdasarkan komen siswa pendidik yang disalurkan melalui instagram Wan Mohd Khairi @vnkery.

Ikuti wawancara ringkas bersama dua panel jemputan program iaitu, Penolong Pengarah Sektor Inspektorat & Penguatkuasaan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan (KPM), 'Azad Iqram Nadmilail dan guru sekolah Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Satak, Raub, Pahang, Wan Mohd Khairi Wan Hassan.
Timbalan Pengarah IPG KPT, Dr Tajul Ariffin Yang Hussin
(depan, empat kanan) bersama tetamu.
Apa perlu ada pada guru zaman ini?

'Azad: Pada saya guru perlu tonjolkan kemahiran dan bakat diri. Ini disebabkan guru antara individu sentiasa menjadi perhatian.

Lihat sahaja jika ada sebarang isu berkaitan, guru akan ditonjolkan. Sebab itu guru perlu sentiasa menjaga tingkah laku, penampilan seperti cara berpakaian dan perlakuan iaitu pembawaan diri.

Luaran juga antara perlu diberi perhatian kerana ia beri 'first impression' terutama bila guru perlu berinteraksi.

Khairi: Guru perlu menjadi pendidik 'versatil', sentiasa 'up to date' dengan keadaan murid, sekolah dan dasar KPM.

Guru-guru baharu ditempatkan perlu hadir dengan idea baharu, kreatif, 'hipster', peka transformasi berlaku dalam kurikulum, jika sebaliknya maka kita akan jadi ‘guru tua’ seawal masuk tahun ketiga perkhidmatan.

Apakah cabaran dihadapi guru kini?

'Azad: Seperti saya sendiri, cabaran pertama perlu saya hadapi adalah persekitaran baharu setelah lima tahun di IPG. Bila bertukar ruang lingkup pekerjaan dari sekolah ke KPM, cabarannya tetap ada.

Pengalaman mengajar lebih tiga tahun, pada saya bidang tugas guru adalah besar, bukan sekadar mengajar semata-mata. Sebaiknya perlu sentiasa bersedia menghadapi benda baharu, sebab pengalaman ini akan membantu pada masa akan datang.

Misalnya sekarang, biarpun tidak menjadi guru, tetapi pengalaman lalu di sekolah, banyak membantu saya dalam bidang pengurusan sekarang. Pada saya, guru perlu bijak mengendalikan dua klien utamanya iaitu pelajar dan ibu bapa.

Jangan ada agenda tersembunyi. Misalnya jika guru hukum pelajar yang buat salah adalah perkara biasa.

Namun bila ada perjumpaan dengan ibu bapa misalnya, guru boleh berterus terang kaedah hukuman kita gunakan untuk mendidik anaknya. Bukan bertujuan menyeksa, tetapi mendidik.

Khairi: Bagi saya, cabaran masa kita bergelar seorang guru adalah bebanan tugas sampingan yang belum selesai. Selain mengajar, perlu juga fokus buat rekod mengajar, rancang betul-betul macam mana hendak bagi setiap pengajaran dan pembelajaran (PdP) itu berkesan.

Cabaran guru juga, masa terluang lebih terisi dengan kerja perkeranian. Banyak perkara perlu fokus.

Jadi persediaan mengajar bukan lagi menjadi satu objektif utama walaupun sebenarnya tugas guru adalah mengajar sebaik mungkin melalui perancangan dan bahan bantu mengajar hebat.

Oleh sebab kerja perkeranian lebih banyak, ia banyak mengganggu peluang cikgu membuat persediaan. Bila persediaan kurang, guru akan mengajar mengikut kaedah lama, 'chalk and talk'.

Ia beri impak besar kepada murid. Mungkin objektif tercapai tapi murid bosan dengan kaedah itu.

Jadi lama kelamaan ia akan jadi kurang menarik. Murid jadi tak begitu berminat dengan pelajaran tersebut, itu kesan besar sebenarnya.

Pendekatan digunakan supaya pelajar mudah menerima ilmu?

Khairi: Bagi saya untuk pastikan murid beri tumpuan pada PdP kita, pertama sekali perlu kenal betul-betul murid kita. Bila sudah kenal, PdP kita mestilah mengikuti kefahaman kita mengenai mereka.

Setiap PdP harus ada kesinambungan, ia tak putus. Sentiasa bersambung dari hari ke hari.

Ia akan buat murid minat nak tahu apa lagi setiap hari akan mereka pelajari. Jadi tugas cikgu besar, perlu bersedia dengan baik.

Jika persediaan kurang, pasti PdP murid tak terlaksana dengan baik. Pentingnya guru diberi masa buat persediaan.

Bagi saya, murid akan fokus pada PdP yang menarik sehingga 30 minit dan 60 minit tetapi ia perlukan teknik pengajaran pelbagai. Ada kelompok kumpulan, pandai, sederhana dan lemah.

Tapi jika pengajaran tak best, tumpuan murid pada kelas hanya lima minit, selepas itu hilang fokus. Tak tidur, pandang kita dalam kelas.. tapi bila tanya... tak tahu. Satu lagi, dalam kelas perlu ada ganjaran iaitu penghargaan dan hukuman.

Barulah kelas terkawal dan menarik.

Nasihat kepada guru baharu?

'Azad: Guru yang baharu ditempatkan perlu kenal pasti kepakaran dan keistimewaan diri. Bila berada di sekolah perlu sentiasa sahut cabaran dan bersedia menggalas tugas diamanahkan.

Lakukan tugas sebaik mungkin bagi mendapat kepercayaan rakan guru dan lebih-lebih lagi pentadbir. Amat penting kembangkan profesionalisme ketika berada di institusi latihan guru dengan mengambil setiap ruang dan peluang tersedia.

Segala 'soft skill' atau kemahiran insaniah ini amat penting bila berada di sekolah selain yang pasti aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi dibekalkan oleh pensyarah.

Khairi: Hari pertama masuk sekolah tak kira di mana ditempatkan, sematkan dalam hati untuk ‘ikhlas', maka insya-Allah selebihnya ALLAH akan permudahkan. Letakkan tugas guru itu nombor satu dan ikhlas bukan untuk pujian atau anugerah.

Yakin dengan kemampuan diri dan berusaha memberi yang terbaik kepada pelajar.

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru Sekarang Perlu 'Hipster' 'Versatil' & 'Up To Date' Untuk Elak Jadi 'Guru Tua'"

Posting Komentar