Loading...

ISAM PERLU BERSATU, DI MALAYSIA TIDAK MUSTAHIL ISLAM AKAN DIPERMAINKAN

Loading...
'Kena yakin dengan pertolongan ALLAH'
'Kena yakin dengan pertolongan ALLAH'
Peserta Himpunan Solidariti Ummah mula membanjiri pekarangan Masjid Negara sejak jam 2 petang.

KUALA LUMPUR - "Perlu yakin bahawa pertolongan ALLAH itu akan datang", dekimian doa dan harapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan terhadap kekejaman yang dilalui etnik Rohingya di Myanmar.

"Benar! Hari ini kita berkumpul dan berada di sini dengan jumlah yang kecil berbanding musuh di sana yang lebih ramai.

"Musuh dengan tanpa prikemanusiaan membakar umat Islam.. membunuh.. merogol wanita!," katanya.

"Kita yakin! Suatu hari pertolongan dari ALLAH itu akan sampai dan umat Islam perlu bangkit. Bangkit hulurkan pertolongan bagi membantu mereka saudara kita. InsyaALLAH," katanya pada Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara, hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nor Azli Musa turut berkongsi sedih dengan penderitaan dan kesengsaraan bukan sahaja terhadap umat Islam Rohingya, namun umat Islam di Palestin dan Syria.

Kerajaan Malaysia katanya, tidak harus memekakkan telinga dengan kezaliman yang berlaku.

"Bayangkan keadaan mereka di sana dengan pembunuhan yang berlaku, hilang tempat tinggal dan keluarga.

"Hari ini, saya menyeru kita semua tanpa mengira apa parti politik atau pun badan bukan kerajaan (NGO) bersatu hati untuk membantu dan menghulur bantuan terhadap golongan yang terus dizalimi itu," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISAM PERLU BERSATU, DI MALAYSIA TIDAK MUSTAHIL ISLAM AKAN DIPERMAINKAN"

Posting Komentar