Loading...
Jamal, Zuraida bertembung
AMPANG - Pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam 'bertembung' sekali lagi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.
Jamal dipanggil pegawai penyiasat bagi membantu siasatan berhubung insiden beliau ditumbuk di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lalu.
Sementara Zuraida hadir bersama Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly bagi membuat laporan polis terhadap ketua Umno Sungai Besar itu berhubung insiden berkenaan.
Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan masuk dan menyaksikan pertemuan itu.
Jamal ketika ditemui media berkata, beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk melengkapkan siasatan polis.
“Saya datang ke IPD Ampang Jaya dan kebetulan berjumpa dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di dalam balai polis.
“Saya cuba bersalam dengannya tapi beliau tak nak, mungkin bukan muhrim. Saya anggap beliau kakak. Saya harap dia menjadi kakak yang lebih baik kepada adik-adik di Ampang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Jamal berdarah pada hidung selepas dia mendakwa diserang dan ditumbuk di sebuah pusat beli-belah di Ampang.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih 5 di Ampang Point.
Loading...
0 Response to "JAMAL BERTEMBUNG ZURAIDAH"
Posting Komentar