Loading...

KALAU TAK DE PROVOKSI SEMUA BERJALAN LANCAR, TAPI BILA ADA PROVOKASI BERJALAN LANCAU

Loading...
Pemuda Umno jawab tuduhan bertindak samseng
Rafizal Abdul Rahim
Rafizal Abdul Rahim

GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang menafikan dakwaan mengatakan mereka sengaja membuat kacau selain bertindak samseng ala gangster di pameran solo hasil karya kartunis terkenal, Zunar di Komtar semalam.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda Umno Pulau Pinang mengganggu pameran berkenaan adalah fitnah.

Menurutnya, tuduhan mengatakan kumpulan itu merosakkan beberapa peralatan lukisan di situ juga tidak benar.

"Tuduhan itu satu fitnah dan tidak benar sama sekali kerana semua hasil lukisan kartunis pro pembangkang itu diturunkan sendiri oleh kakitangannya. Tuduhan ini jelas menunjukkan sikap pembangkang yang suka memutarbelitkan cerita bagi menampakkan keburukan orang lain.

"Sebagai sayap parti, kami akan terus menjadi benteng dan mempertahankan maruah pemimpin kami dari terus diinjak-injak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab selain hasil lukisan Zunar itu berbentuk fitnah dan mengaibkan pemimpin pertama negara," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan medianya, Nurul Ilfiq mendakwa tindakan serangan Pemuda Umno Pulau Pinang ke pameran lukisan kartun Zunar telah mengakibatkan beberapa peralatan kartunis itu rosak selain menggangu peminat dan pengunjung yang menghargai karya seni Zunar.

Rafizal berkata, pihaknya tidak akan bertindak seperti itu sekiranya Zunar tidak mempamerkan lukisan berbentuk fitnah.

"Sekiranya benar dia mahu memperjuangkan kebenaran, mengapa tidak di pamerkan lukisan berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah?

"Sepatutnya sebagai seorang pelukis tersohor dan dikenali, Zunar menggunakan bakatnya itu dengan betul dan bukannya dengan cara menabur fitnah selain mengaibkan negaranya sendiri," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan adalah sikap kerajaan negeri yang memberikan permit kepada Zunar untuk mengadakan pameran tersebut.

"Pameran berunsur hasutan itu sememangnya mengundang rasa tidak senang kepada rakyat negeri ini khususnya ahli Umno. Ia satu sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang seolah-olah sengaja mahu mengundang kacau bilau dan keharmonian negara ini.

"Dan sebab itu juga kami membuat laporan polis. Tuduhan Exco Agama yang juga Ahli Kawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim juga tidak benar, kononnya kami sengaja buat kacau di pameran tersebut," katanya.

Rafizal berkata, kehadiran dalam kejadian semalam bukan sahaja terdiri daripada ahli Pemuda Umno Pulau Pinang sebaliknya turut dihadiri orang awam.

"Ingin saya tegaskan, yang hadir semalam bukan sahaja Pemuda Umno Pulau Pinang tetapi rakyat negeri ini yang bencikan kepimpinan negeri yang dipimpin DAP. Abdul Malik perlu cermin sendiri kepimpinan DAP sebelum mahu mendakwa Pemuda Umno bersikap jelik.

"Kepimpinan DAP lebih jijik sebab itu mereka membenarkan  Zunar mengadakan pameran lukisan kartun di Komtar yang penuh dengan penipuan dan fitnah keji. Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri sekiranya pemimpin kami diusik dan kami akan terus memperjuangkan kebenaran," katanya.

Semalam, pameran lukisan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang diadakan secara terbuka di tingkat 2, Bangunan Komtar di sini terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan antara sekumpulan pemuda dan penganjurnya kira-kira jam 3 petang.

Susulan daripada itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran itu yang didakwa biadap dan provokasi kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KALAU TAK DE PROVOKSI SEMUA BERJALAN LANCAR, TAPI BILA ADA PROVOKASI BERJALAN LANCAU"

Posting Komentar