Loading...
Selepas tersebar gambar anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz berada dalam satu satu pesawat melawat negara China semalam, pengendali akaun Facebook perdana menteri terpaksa crop (memotong) gambar asal yang dimuatnaik.
Tinjauan mendapati ada perbezaan dengan gambar asal yang dimuatnaik semalam dan dengan yang sudah dikemaskini. Najib ketika ini dalam lawatan rasmi ke negara China selama seminggu ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri kabinet.
Wajah Riza tidak kelihatan dalam gambar terbaharu yang dimuatnaik dan pengguna Facebook juga memberikan komen dengan mempersoalkan mengapa gambar asal tersebut dipotong.
Riza antara individu yang disebut banyak kali dalam saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai lalu.
Dalam keterangan Riza kepada DOJ, beliau mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI.
“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu.
Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1Malaysia Develoment Berhad untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai “hadiah” berkenaan.
“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.
Selain itu, laporan DOJ juga mendedahkan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk Riza, dan pelakon utama filem Hollywood ‘The Wolf Of Wall Street’.
Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong.
Loading...
0 Response to "Kantoi! Pengendali akaun FB Najib crop gambar anak tiri, Riza Aziz bersamanya lawat China"
Posting Komentar