Loading...
Rafizi letak jawatan, Saifuddin kembali
Wan Azizah (tengah) bersama Mohd Rafizi (kiri) dan Saifuddin (kanan) dalam sidang media hari ini.
PETALING JAYA - Mohd Rafizi Ramli hari ini disahkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.
Berita itu disampaikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Umum Wan Azizah lagi, posisi Mohd Rafizi itu akan diganti oleh penyandang terdahulu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Mohd Rafizi telah diberikan hukuman atas kesalahannya yang mendedahkan dokumen sulit di bawah akta rahsia rasmi negara.
"Maka beliau dengan penuh tanggungjawab telah melepaskan jawatannya. Ini didorong oleh sistem perundangan yang pincang," katanya dalam sidang media hari ini.
Wan Azizah yang ditemani Mohd Rafizi dan Saifuddin hari ini berkata, Saifuddin akan menjalankan tanggungjawabnya bermula esok.
Menurut Wan Azizah lagi, meskipun Mohd Rafizi telah melepaskan jawatannya kepada Saiffudin, Ahli Parlimen Pandan itu akan terus memangku jawatan sebagai naib presiden parti.
"Beliau akan terus memainkan peranan membongkarkan penyelewengan BN dan mengembleng tenaga rakyat biasa menyertai usaha menukar kerajaan dalam PRU14 nanti melalui pelbagai inisiatif yang beliau usahakan.
"Saya berbesar hati dengan kematangan yang ditunjukkannya," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "KEHILANGAN SATU TENAGA DALAM PKR ?"
Posting Komentar