Loading...
Ketua Kumpulan Samseng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos @ Jamal Jamban dikenakan 4 hari tahanan reman berbanding dengan Ketua BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah yang ditahan dibawah SOSMA, dengan tahanan 28 hari.
Kumpulan Samseng Baju Merah dibawah Jamal Jamban mengganas dan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Jamal Jamban sering mengeluarkan kenyataan rasis provokatif dan berunsur hasutan.
Melalui laman Facebooknya bertarikh 21 September lalu, dia berjanji tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang jika Bersih 5 meneruskan perhimpunan pada 19 November depan.
“Saya berjanji Tragedi 12 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 November ini. Hidup Melayu!,” tulis Jamal.
Kumpulan Baju Kuning yang dipimpin Maria Chin memperjuangkan keadilan pilihan raya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang kenyataan hasutan atau mengancam sesiapa pun.
Kenapa Jamal Jamban mendapat layanan yang begitu istimewa sekali daripada undang-undang? Adakah kerana kumpulan Baju Merah Jamal mahu mempertahankan kepemimpinan negara Kleptokrasi?
Loading...
0 Response to "Kenapa Jamal Jamban mendapat layanan istimewa daripada undang-undang?"
Posting Komentar