Loading...
Zuraida saman Jamal kes hidung berdarah
Zuraida
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mengaitkannya dalam insiden hidung Jamal berdarah di Ampang Point minggu lepas.
Zuraida selaku plaintif memfailkan saman itu di pejabat pendaftar mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany dengan menamakan Jamal sebagai defendan.
Melalui pernyataan tuntutannya, Ketua Wanita PKR itu mendakwa Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menerbitkan perkataan fitnah yang mendakwa dirinya dipukul oleh individu dari pihak Zuraida pada 13 November lalu.
Plaintif mendakwa perkataan fitnah itu kemudian diterbitkan secara meluas di media cetak, media elektronik dan portal berita tempatan.
Plaintif berkata perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau seorang yang ganas, menghasut ahli parti untuk melakukan jenayah kecederaan, seorang penjenayah dan tidak layak menjadi seorang ahli parlimen.
Dakwanya disebabkan penerbitan perkataan fitnah itu perwatakan dan reputasinya sebagai ahli parlimen terjejas dan dipandang rendah oleh orang awam.
Plaintif berkata pada 14 November lalu telah menghantar surat tuntutan kepada Defendan menuntut Pemimpin gerakan baju merah itu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Bagaimanapun menurut pernyataan tuntutan itu pada 15 November lalu Jamal sebaliknya memberi respon terhadap surat tersebut dengan merendahkan martabat dan memalukannya.
Sehubungan itu Zuraida menuntut gantirugi am, gantirugi teruk, dan perintah injunksi bagi menghalang Jamal atau agennya menerbit dan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan semula selain faedah dan kos.
Loading...
0 Response to "KERANA PULUT SANTAN BINASA"
Posting Komentar