Loading...

Ketua Polis Negara digesa bertindak segera ke atas Jamal, jangan berrethorik!

Loading...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa supaya bertindak segera keatas ketua gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus kerana jelas telah membuat laporan polis palsu mengenai kejadian hidungnya berdarah.

KPN patut menahan Jamal untuk soalsiasat kerana membuat aduan polis palsu.

Sejak beberapa hari lalu, telah viral di media sosial rakaman video memaparkan detik kejadian yang berlaku di pusat beli belah Ampang Point Ahad lalu.

Jamal, Ketua Umno Sungai Besar itu dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya” tetapi kemudian memberitahu pemberita ‘budak’ ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin yang menyerangnya.

Rakaman dari  vdo menunjukan detik yg dikatakan Jamal
kena tumbuk di hidungnya ketika bergelut dgn polis.
 Walau bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Jamal mendakwa individu memakai t-shirt BERSIH menumbuk muka dan hidungnya .

KPN dilihat sebagai berrethorik bila beliau mengumumkan akan mengambil tindakan keatas pemimpin gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus, jika siasatan mendapati dia membuat laporan palsu.

"Polis sedang menyiasat kejadian itu, jika didapati Jamal sengaja menyalahkan orang lain, maka dia boleh dikenakan tindakan," katanya di sini.

Mengapa sehingga kini PDRM dilihat begitu lembab sangat untuk menyiasatnya dan menentukan apa sebenarnya berlaku? 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Polis Negara digesa bertindak segera ke atas Jamal, jangan berrethorik!"

Posting Komentar