Loading...

kita nak tengok siapa yang kebal

Loading...
Tindakan undang-undang menanti
NOOR RASHID
NOOR RASHID

SHAH ALAM - “Tindakan tetap diambil sekiranya terdapat kesalahan undang-undang” demikian tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid ketika mengulas tentang himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Menurutnya, pihak polis sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal situasi dalam himpunan tersebut.

“Kita tidak mahu himpunan begini mengganggu ketenteraman dan urusan orang awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Isu Bersih: Siapa sebenarnya main politik?

Noor Rashid berkata, beliau difahamkan himpunan tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, Bersih mahu pun kumpulan baju merah tidak mendapat kebenaran untuk berhimpun kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Ya... siasatan akan dijalankan dan mereka yang didapati bersalah akan menerima tindakan undang-undang,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "kita nak tengok siapa yang kebal"

Posting Komentar