Loading...
KITA TIDAK MAHU KEPADA DASAR KIRI DAN DASAR KANAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PEGANGAN AKIDAH, DIDALAM NEGARA INI DASAR YANG DIMILIKI PAS ADALAH DASAR YANG TIDAK SEALIRAN DENGAN MANA-MANA PARTI, KERANA ITU MANA-MANA PARTI YANG TIDAK MENERIMA DASAR PAS MAKA MEREKA WAJIB DITOLAK. PAS JANGAN TERKENA TIPU LAGI DENGAN BERBAGAI JANJI DAN HELAH OLEH PUAK-PUAK MALA'UN DILUAR SANA JIKA HANYA MAHU CEPAT KE PUTRA JAYA - Pak Karamu
Rugi masa depan agama, bangsa
Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz
KOTA BHARU - Percaturan Pas yang bersetuju untuk bersekongkol dengan Pakatan Harapan demi menentang BN pada PRU14 amat merugikan masa depan agama dan bangsa, malah langsung tidak menguntungkan parti itu.
Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya hasrat itu kerana yakin apabila Pas dan pembangkang lain bersama, DAP akan lebih dominan.
“Buatlah apa pun syarat, DAP tidak akan patuh dan tunduk dengan Pas, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini di mana Pas seolah-olah semakin hilang kepercayaan penyokongnya.
“Begitu juga perpecahan dalaman Pas yang semakin parah tidak mungkin pulih,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syamsul berkata, sudah tiba masanya Pas bersama dalam satu pasukan dengan BN demi memperkukuhkan akidah umat Islam di negara ini dan perkara berkaitan masa depan agama termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355.
Kelmarin, Hashim memberi gambaran positif kepada pembangkang untuk bersatu menentang BN pada PRU14 dengan syarat penyatuan tersebut dibuat atas dasar agama.
Menurutnya, pengalaman sebelum ini memaksa Pas meletakkan syarat dan ia perlu dilakukan, kalau mendapat persetujuan semua, satu lawan satu mungkin dilaksanakan, bagaimanapun jika sebaliknya, Pas tetap menentang walau empat penjuru.
Loading...
0 Response to "KITA TUNGGU DULU HASIL PERBINCANGAN"
Posting Komentar