Loading...
Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tempohari untuk menangguhkan huraian pindaan terhadap usul asalnya berkaitan Akta 355 pada sidang Parlimen tahun depan mengundang kecaman orang ramai di media sosial.
Penangguhan tersebut sekali lagi mengulang tindakan sama Ahli Parlimen Marang itu pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pengguna Facebook, Salleh Abd Ghani menganggap keputusan Pas menunda perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu sebagai satu lakonan drama.
“Jom kita lihat apakah drama yang akan dilakonkan oleh watak-watak maha hebat ini. Kalaulah Tok Guru Nik Aziz masih hidup …,” ujarnya.
Sementara itu, Razak Hassan menyelar, “Sendiri bentang, sendiri yang tangguh. Apa ni tok lebai?” manakala Abd Hafiz Shariff berkata, “Hanya menghimpun fitnah berpanjangan ke atas maruah Islam apabila agama dijadikan tunggangan demi survival politik.”
Peluang untuk Hadi membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Akta 355 tetapi kemudiannya meminta ditunda itu termasuk kenyataannya yang menyamakan ahli Parlimen pembangkang beragama Islam seperti Ahok iaitu Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut dipertikai oleh netizen.
“Mengapa mesti bandingkan dengan Ahok? Pas nak beri penjelasan apa lagi? Speaker dah bagi peluang tu! Teruskanlah pembentangannya di Dewan Rakyat. Aku harap TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) tidaklah sekadar mencari alasan! Maaf,” tegas Mat Yet.
Tidak kurang juga ramai netizen menyifatkan penangguhan huraian pindaan usul berkenaan mempunyai kaitan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
“Nak cari modal baru untk PRU14 ni……”
PAS mahu anjur himpunan RUU355 - Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengumumkan parti itu akan mengadakan perhimpunan besar-besaran berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Bagaimanapun Hadi tidak memperincikan butiran mengenai perkara itu namun katanya, ia akan diadakan antara sekarang sehingga parlimen bersidang pada Mac tahun depan.
“Insya-Allah, PAS akan anjurkan himpunan aman raksasa mewakili umat Islam pelbagai parti politik dan NGO termasuk di kalangan bukan Islam yang sokong (RUU355) untuk buktikan sokongan mereka pada RUU ini.
“Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.
Loading...
0 Response to "[MAKIN BANGANG] PAS sendiri Bentang, Pas sendiri TANGGUH, Pas nak buat Himpunan BESAR-BESARAN"
Posting Komentar