Loading...

Maria Chin

Loading...
Sosma: Tuntut Maria Chin dibebaskan segera
Sosma: Tuntut Maria Chin dibebaskan segera
Shahidan (tengah) menerima memorandum daripada Gerakan Wanita untuk Maria, di bangunan Parlimen. –Foto Sinar Harian
 
KUALA LUMPUR - Ratusan wanita mewakili individu, NGO dan parti politik berhimpun di depan Parlimen hari ini bagi membantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Wanita itu terdahulu berkumpul di Padang Merbok sebelum berarak ke luar Parlimen.

Wakil gerakan itu, Ivy Josiah berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan mengenai perbuatan Maria yang menyebabkan beliau ditahan di bawah Sosma.

"Kami amat hairan dengan tindakan mengejut dan drastik diambil terhadap Maria dan penganjur Bersih pada 18 November iaitu lebih awal sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung.

"Kenapa Sosma perlu disalah guna untuk menahan Maria sedangkan rakyat telah berkumpul dengan aman," katanya kepada media, hari ini.


Beliau turut mendakwa Maria berada dalam keadaan 'terseksa' sepanjang ditahan
"Kami dimaklumkan Maria diletakkan berseorangan dalam sel tanpa tingkap. Maria tidak diberikan katil, tilam dan bantal serta terpaksa tidur di atas lantai simen.

"Semasa Maria dibawa ke tempat tahanan yang tidak diketahui, matanya ditutup dengan kain. Kami percaya keadaan sebegini telah menyeksa Maria," katanya.

Gerakan Wanita untuk Maria turut menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum tersebut mengandungi tiga tuntutan iaitu mendesak Maria dibebaskan serta merta, mengembalikan semua harta benda milik Bersih 2.0 yang dirampas polis dan memansuhkan Sosma.
Shahidan ketika ditemui media berkata, kerajaan akan meneliti kandungan memorandum itu.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Maria Chin"

Posting Komentar