Loading...

Negeri akan temu duga, elak kes guru duka lara

Loading...
LUMUT: Kementerian Pendidikan bercadang memberikan kuasa temu duga pengambilan guru mengikut negeri masing-masing dan tidak lagi secara berpusat sebagaimana amalan ketika ini.
Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu bertujuan memastikan masalah guru duka lara dapat diminimumkan dan membolehkan guru ditempatkan di negeri mereka.

Beliau berkata, melalui cadangan itu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tidak perlu lagi membuat temu duga secara berpusat.

"Ia untuk jangka masa panjang dan temu duga pengambilan guru baharu sesuai untuk dilaksanakan mengikut negeri dan ditempatkan di negeri berkenaan selepas itu.

"Contohnya jika di Perak pada tahun itu 400 orang guru akan bersara, jadi mereka boleh membuat temu duga dan mengambil 400 guru baharu dan jika ia tak mencukupi mereka boleh mengambil guru dari sempadan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Guru Bersama Masyarakat, Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Nakhoda Muhammad Taib, Segari dekat sini, hari ini.

Perasmian majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mahdzir berkata, langkah itu diharap akan dapat menyelesaikan masalah guru duka lara yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan pasangan yang menjadi antara masalah yang sedang diatasi kementerian ketika ini.

Katanya, daripada 20,000 permohonan membabitkan guru duka lara, 4,000 berjaya diselesaikan tahun ini dan baki 16,000 lagi sedang diusahakan.

jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Negeri akan temu duga, elak kes guru duka lara"

Posting Komentar