Loading...
'Tolong hormat Wanita saya'
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tampil memberi amaran kepada ketua-ketua bahagian dalam Umno untuk menghormati Wanita Umno.
Menurutnya, meskipun tidak diberi banyak tempat dalam kepimpinan parti, Wanita Umno wajar dan layak diberi layanan baik memandangkan mereka penyandang tulang belakang parti.
"Sudahlah jawatan tidak diberi, tahun ini kuota untuk Wanita Umno hanya satu sahaja. Jadi tolong beritahu kepada ketua bahagian masing-masing supaya hormat Wanita saya!
"Kita (Wanita Umno) kalau nak jadi ketua bahagian, sekelip mata sahaja," bidas Shahrizat ketika berucap merasmikan Perhimpunan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Bagaimanapun Shahrizat berkata, pihaknya tidak marah kepada Pemuda Umno, sebaliknya Wanita Umno sayang kepada mereka.
"Kita tak marah, kita sayang mereka. Kalau tidak ada kaum bapa dalam Umno, maka sunyi dunia politik kita.
"Namun kalau tidak ada Wanita Umno dalam parti..." beliau membiarkan ucapannya diakhiri dengan sorak gegak gempita Wanita Umno.
Tambah Shahrizat lagi, Wanita Umno perlu bermuhasabah diri sebelum menuding jadi kepada Pemuda Umno.
"Kena tanya diri sendiri kenapa kita tidak mengarus perdanakan diri kita sendiri? Kita selaku tulang belakang parti, kitalah yang beri kekuatan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "ORANG UMNO MEMANG TAK GUNA, MEREKA TAK HORMAT WANITA SHAHRIZAT"
Posting Komentar