Loading...
Akhbar resmi Pas, Harakah membuat fitnah dengan memutarbelitkan berita sebenar mengenai penangkapan Orang Asli Kelantan yang kononnya mereka itu kebanyakannya datang dari luar Kelantan.
Menurut Che Ibrahim Mohamad di status fesbuknya, setakat ni semua maklumat mengatakan semua yg ditahan adalah orang asli yg tinggal di sekitar Pos Gob, Balar, Bihai,Pasik dan Simpor, semuanya tu dalam Kelantan belaka.GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.
Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.
"Mengikut maklumat peguam bagi pihak mereka yg ditahan, Jabatan Perhutanan akan membawa Orang Asli yg ditahan (seramai 41 orang mengikut laporan media dan 38 orang mengikut yg dibilang oleh peguam dlm lokap polis) ke mahkamah pagi ini untuk mendapat perintah reman untuk siasatan lanjut.
"Mengikut makluman awal, semua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 32, Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menduduki atau menjalankan aktiviti dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa permit yang sah.
"Mereka disahkan ditahan oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan, bukan oleh Polis."
Demikian maklumat yang dedahkan oleh Che Ibrahim Mohamad, sebagai menafikan laporan fitnah akhbar Harakah.
Jika benar Orang Asli yang ditangkap itu penduduk tempatan, bagaimana mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 32, sedangkan mereka lahir dan membesar di tempat itu? Bukan setahun dua mereka tinggal di situ!
Semata-mata mahu membela perlakuan zalim pimpinan negeri Kelantan, Pas terdesak menggunakan akhbar Harakah untuk memutarbelitkan berita.
Sama-sama kita tunggu senarai nama tangkapan resmi yang akan dikeluarkan nanti.
Loading...
0 Response to "Pas terdesak gunakan Harakan putarbelit berita penangkapan Orang Asli Kelantan"
Posting Komentar