Loading...
Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. Tindakan kerajaan BN menangguhkan usul Rang Undang Undang (RUU) 335 hari ini didakwa sebagai langkah strategik bagi menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan Mac tahun hadapan.
Penasihat Parti Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membaca usul RUU itu boleh diterjemahkan pilihanraya umum akan diadakan sebelum Parlimen depan bersidang.
Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. "Umno berjaya gantung isu perlaksanaan hudud di titik keseimbangan, ia bagus untuk Pas untuk tidak dilihat gagal dalam pendekatannya.
"Ia juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam hubungan politik antara Pas dan Umno khusus untuk PRU terdekat," katanya.
Dalam masa yang sama Adun Salor itu berkata, tindakan itu juga menguntungkan Umno yang dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam itu.
"Itu resipi mustajab dan situasi menang-menang untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership', kata bekas naib presiden Pas itu.
Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya
Sehubungan dengan itu beliau menjangkakan PRU akan diadakan sebelum Ramadan samada ada bulan Mac atau April tahun hadapan sekaligus dapat mengelakkan RUU 355 dapat dibahaskan.
Malah beliau berkata, dengan langkah Pas dan Umno menggunakan pendekatan ini, mereka yang mengharapkan Pas berada dalam pakatan pembangkang akan menggigit jari.
"Matlamat Umno adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dengan pertolongan Pas, apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU,"katanya.
Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. Beliau turut menjangkakan sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam akan terperangkap antara sentimen RUU dan isu semasa seperti himpitan kos hidup, rasuah dan penyelewengan dan ancaman krisis kewangan termasuk implikasi pengaruh China ke atas geopolitik negara. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya"
Posting Komentar