Loading...

PENILAIAN BERSIH 5 OLEH DR JENIRI AGAK KABUR, TAK DE KEPUTUSAN KONKRIT

Loading...
YANG JELAS PADA PERHIMPUNAN INI DIBANJIRI OLEH KAUM CINA, KAUM MELAYU TERSANGAT KURANG, INI MENUNJUKKAN KAUM CINA BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK JATUHKAN KERAJAAN BN/UMNO, MERDEKAAAAAAAAA ! -Pak Karamu
 
 
Rakyat tunggu PRU, bukan bosan berhimpun
Himpunan Bersih
Himpunan Bersih

SHAH ALAM - Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir mengatakan bahawa rakyat bukannya bosan dengan perhimpunan aman ini tetapi semakin bijak dalam membuat keputusan.

Ini berikutan dengan pengurangan jumlah rakyat yang hadir sewaktu perhimpunan aman Bersih 5 berbanding dengan Bersih 4.

“Salah satu faktor mereka tidak menyertai perhimpunan aman tersebut kerana merasakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan melayan permintaan mereka melalui medium ini.

“Selain itu, mereka kini sudah matang dan melihat Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menjatuhkan Najib,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Najib dalam satu kenyataan berkata, beliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpunan yang dipromosikan kumpulan berkenaan tidak memberi faedah kepada negara.

"Sekiranya Umno/ BN kehilangan banyak kerusi dalam PRU akan datang, tekanan akan diberikan pada Najib supaya berundur,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk beliau menilai sama ada himpunan awam ini gagal ataupun sebaliknya.

“Sudah banyak tunjuk perasaan yang dibuat oleh rakyat, Oleh itu, sukar untuk dinyatakan sama ada ia berjaya atau gagal.

“Saya sendiri merasakan bahawa Bersih 5 ini mencapai matlamatnya walaupun bilangan kehadiran tidak seperti yang dibayangkan.

“Kini hanya menanti PRU sahaja untuk tentukan gulingkan Najib, bukannya melalui perhimpunan awam,” katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PENILAIAN BERSIH 5 OLEH DR JENIRI AGAK KABUR, TAK DE KEPUTUSAN KONKRIT"

Posting Komentar