Loading...
Perwakilan disaran berbahas ikut garis panduan
KUALA LUMPUR - Para perwakilan khususnya jurucakap perlu berbahas mengikut garis panduan, tataetika dan ketatasusilaan bagi melontarkan pandangan mereka sepanjang Persidangan Agung Umno (PAU) berlangsung.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yakin bahawa para perwakilan akan membangkitkan isu-isu yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama serta kaum lain di negara ini.
"Selain itu, mereka juga mungkin akan bercakap tengang isu-isu bersandarkan kepada ucapan dasar Presiden parti dan ketua sayap masing-masing serta usul-usul meliputi soal agama, akademik dan pendidikan," katanya selepas merasmikan Laman Media PAU 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakar: PAU 2016 bukan medan berpolitik]
Dalam pada itu, Zahid yang juga turut mengambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden Umno memaklumkan bahawa pihaknya percaya PAU 2016 kali ini akan menyaksikan kelainan dalam perhimpunan sayap-sayap berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, segala sengketa yang berlaku dalam pemilihan parti sebelum ini perlu diselesaikan dan saf-saf kepimpinan perlu dirapatkan semula.
"Kita mahu lupakan perbedaan pendapat ini dan harus fokus bagi menyatupadukan pemikiran dan tindakan untuk menghadapi musuh di luar sana,"katanya.
Selesai merasmikan Laman Media PAU 2016, Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri turut berkesempatan untuk memperkenalkan buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti".
Difahamkan, buku berkenaan merupakan hasil terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Media Intelligence Strategy (MINSTRA).
Buku tersebut memaparkan 10 bab dengan memperincikan 10 masalah utama dalam Umno yang perlu diselesaikan bagi memastikan pimpinan dan akar umbi saling bersatu serta bekerjasama.
Loading...
0 Response to "PERHIMPUNAN ADA KELAINAN, GENDANG PERANG ?"
Posting Komentar