Loading...

Pindaan RUU 355 : Kerja-kerja Bodoh Pas

Loading...

Sejak Hj Hadi berjanji pada 26/5/2016 akan  membentangkannya pada persidangan Dewan rakyat yg akan datang maka bermacam-macam program diadakan berkempen untuk mendapat sokongan orang ramai.

Pas melancarkan kempen kononnya untuk memberi penerangan mengenai usul pindaan RUU 355 tetapi tidak kepada golongan sasaran iaitu kepada mereka yang akan mengundi bila pindaan tersebut dibentangkan diparlimen.

 Hj Hadi mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini. Sepanjang Bulan RUU 355 ini, siri jelajah penerangan akan diatur di setiap negeri.

 Pas buat penerangan kepada orang ramai yang tidak terlibat dengan proses pengundian. Tindakan ini hanya menyemarakan polemik dikalangan masyarakat dengan pelbagai ragam dan kerenah hingga ada kalangan pemimpin Pas yang mengkafirkan individu yang tidak menyokong, malah ada yang nak di jiratkan! 

Sepanjang bulan RUU 355 itu, beriya benar Pas menghantar memo minta ahli parlimen supaya menyokong pindaan RUU 355, tapi Pas tidak berani untuk mengadakan sesi dialog atau perbincangan mengenainya dengan mereka.

Sehinggakan pada hari pada hari pembentangan pindaan RUU 355, dilaporkan Kira-kira 200 hadir beri sokongan RUU 355 di sepanjang laluan masuk ke bangunan Parlimen sejak jam 8.30 pagi yang merangkumi pelajar maahad tahfiz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pendakwah bebas dari seluruh negara. 

Yang peliknya, Hj Hadi masih mahu meneruskan kerja-kerja bodohnya ini dengan berjanji akan mengadakan himpunan raksasa bagi membuktikan sokongan umat Islam di negara ini terhadap usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Bertambah pelik kerana masih ramai pengikutnya yang seronok dengan permainan Hj Hadi yang kena main dengan Umno...Berhentikanlah lakonan ini semua, sebab kerajaan akan membawa sendiri usul pindaan RUU 355 dan bukan lagi oleh Hj Hadi.  
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pindaan RUU 355 : Kerja-kerja Bodoh Pas"

Posting Komentar