Loading...

Polis tahan pengendali FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021'

Loading...

Polis menahan pengendali laman sosial Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021', di Sibu pada jam 2.40 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaru diterima di Mukah.

Sebelum ini laman tersebut mendakwa Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan Umno kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.
- Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis tahan pengendali FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021'"

Posting Komentar