Loading...
KUALA LUMPUR - "Mengapa orang bukan Islam perlu risau,ini bukan hudud," demikian merupakan kata-kata Exco Puteri Umno Shah Alam mengenai isu Rang Undang-Undang (RUU) 355 sewaktu sesi perbahasan di Perhimpunan Puteri Umno, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau meminta agar orang bukan Islam juga berhenti campur tangan dalam urusan orang Islam.
"Kami tahu apa yang kami lakukan, pindaan RUU 355 hanyalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
"Ia bukan akta hudud sehingga mereka perlu masuk campur," katanya.
Selain itu, beliau juga sempat meminta agar segelintir pihak berhenti memburuk-burukkan Islam.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 November lepas.
Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.
Loading...
0 Response to "RUU 355: Mengapa mereka perlu risau?"
Posting Komentar